kong.vanness@yahoo.com

Monday, 12 December 2011

MAKANAN SEIMBANG


MAKANAN SEIMBANG

Makanan seimbang merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan seseorang berfungsi dengan normal. Makanan seimbang seharusnya memberikan kita tenaga. Makanan yang mencukupi, karbohidrat, protein dan lemak secara optimum, kandungan fiber yang mencukupi dan kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak. Makanan yang memberi tenaga dapat membina badan dan dapat menjauhi kita daripada mendapat penyakit. Amalan pemakanan sihat adalah satu faktor yang penting ke arah kesihatan sekeluarga dan seharusnya dipupuk dari rumah. Selain daripada menyelerakan dan mampu dibeli, makanan yang dikongsi bersama sekeluarga mestilah berkhasiat dan sihat. Makanan seimbang seharusnya memberi :

i. Tenaga makanan yang mencukupi
ii. Karbohidrat, protein dan lemak secara optimum.
iii. Kandungan fiber yang mencukupi
iv. Kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.

Makanan ini terdiri dari tiga kumpulan iaitu makanan yang memberi tenaga, menjauhi dari penyakit dan membina sel-sel dan tisu tubuh.

A. Makanan yang memberi tenaga
Di Malaysia tenaga 50-60% penduduk didapati daripada nasi. Namun begitu makanan lain yang menghasilkan tenaga termasuk semua jenis bijirin seperti jagung, gandum, beras, bali, ubi keledek, keladi, ubi kayu, kentang dan lain-lain. Makanan lain yang menghasilkan tenaga dan makanan yang mengandungi gula seperti gula pasir, sirap, jem dan madu.

B. Makanan membina badan
Protein ialah makanan membina badan. Protein membina sel-sel atau jeringan tisu dalam badan kita. Punca protein adalah daripada ikan, ketam, kepah, sotong, ayam, itik, dan lembu. Kekurangan sumber protein boleh membantutkan pertumbuhan seseorang termasuk pembentukan otot. Kekurangan protein juga mempengaruhi pembentukan darah dan ini menyebabkan badan menjadi lesu.

C. Makanan menjauhi penyakit
Makanan jenis ini merupakan makanan yang membekalkan tubuh dengan bahan-bahan yang mengekalkan semua perjalanan organ di dalamnya. Ia mencegah tubuh daripada menghidap penyakit. Makanan jenis ini meliputi sayur-sayuran dan buah-buahan. 





GAYA HIDUP SIHAT

Gaya Hidup Sihat Amalan hidup sihat amat penting untuk menjaga tahap kesihatan. Oleh sebab itu, amalan ini perlu dilakukan setiap masa bagi meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan diri. Untuk meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan diri, kita perlu mengamalkan gaya hidup sihat setiap hari. Dalam kehidupan seharian, kita perlu mengamalkan pemakanan yang sihat, senaman, menjaga berat badan, dan penjagaan kesihatan yang sempurna. Banyak Faedah Bersenam Senaman merupakan aktiviti terpenting untuk cara hidup yang sihat. Oleh hal demikian, kita  disarankan supaya mengamalkan aktiviti ini bagi menjamin kesihatan diri. Kita  akan mendapat faedahnya sekiranya dilakukan dengan cara yang betul. Kita  perlu melakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dan masa yang diambil ialah antara 20 hingga 30 minit setiap kali senaman. Antara faedah yang kita  dapat ketika bersenam ialah tubuh badan menjadi cergas, dapat mengawal berat badan, membina stamina dan kekuatan, menguatkan kelenturan sendi, gerakan badan dan mencegah kecederaan, meningkatkan fungsi jantung, paru-paru dan peredaran darah, menguatkan otot, tulang dan sendi, mengurangkan tekanan mental, dan sebagainya. Dalam melakukan senaman, kita boleh melakukan secara bersendirian, bersama keluarga atau kawan-kawan. Dalam hal ini, kita hendaklah sentiasa melakukan senaman bagi mengekalkan tahap kesihatan. Terdapat pelbagai jenis senaman yang kita boleh lakukan sama ada secara bersendirian atau berkumpulan. Antara jenis senaman ialah berjalan kaki, lompat tali, berbasikal, berjoging, berenang, bermain badminton, bersenamrobik, dan sebagainya.






KESIHATAN PERSEKITARAN
Kesihatan persekitaran ( environmental health) adalah suatu cabang dalam bidang berkaitan kesihatan awam yang mengetengahkan suatu konsep kesedaran dan pengetahuan berkenaan aspek alam semula jadi, persekitaran dan persekitaran terbina yang mempunyai hubung kait dengan kesihatan manusia sejagat. Istilah lain yang turut digunapakai dalam merujuk kepada disiplin kesihatan persekitaran adalah kesihatan persekitaran awam dan penjagaan dan kesihatan persekitaran.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengertikan kesihatan persekitaran sebagai:
Segala aspek tubuh manusia termasuk kesihatan dan penyakit manusia yang mempunyai kaitan dengan faktor dalam alam sekitar. Ia juga merujuk kepada teori dan amalan berterusan menilai dan mengawal faktor dalam persekitaran yang boleh memberi kesan kepada kesihatan.
Kesihatan persekitaran sebagaimana digunakan oleh Pejabat Wilayah WHO di Eropah, termasuk kedua-dua kesan langsung patologi kimia, sinaran dan beberapa agen biologi, dan kesan secara langsung dan tidak langsung kepada kesihatan dan kesejahteraan. Juga meliputi kesan terhadap persekitaran fizikal, psikologi, sosial dan estetik yang termasuk perumahan, pembangunan kawasan bandar, penggunaan tanah dan pengangkutan.




https://myguru2.upsi.edu.my/login.php